“5G” AKAN DIGUNAKAN OLEH KHAZAR SATANIST @ ILLUMINATI UNTUK MENGURANGKAN JUMLAH PENDUDUK DUNIA SEHINGGA HANYA TINGGAL 500 JUTA SAHAJA (AGENDA 21)


Apakah itu 5G?

5G bermaksud “5th generation wireless systems”.

5G adalah teknologi wireless system yang menggunakan “high-band frequencies” iaitu dalam bentuk “millimeter waves (MMW)”. Ia akan digunakan untuk menerima dan menghantar data dalam jumlah yang terlalu banyak dan dalam jangka masa yang terlalu cepat.

Ia adalah 100 kali lebih laju dari 4G. Ini bermaksud bahawa 5G adalah 100 kali ganda lebih membahayakan nyawa manusia berbanding dengan teknologi dari 4G.  5G telah mula beroperasi di Amerika pada tahun 2018 dan akan diperluaskan ke seluruh dunia tidak lama lagi.


Oleh kerana gelombang MMW (millimeter waves) hanya bergerak pada jarak yang dekat maka 5G memerlukan “sensors” yang terlalu banyak untuk berfungsi.  “Sensors” yang bentuknya seperti kotak speaker akan diletakkan di atas menara antenna, di atas bangunan, di atas pokok atau apa saja dan akan meliputi seluruh lokasi di seluruh dunia. Tidak akan ada sebarang tempat dan lokasi yang terselamat dari gelombang 5G di bumi ini.


Internet of things (IOT)

5G juga dikenali sebagai “Internet of things”.

Bagaimanakah “Internet of things” berfungsi? Segala alat telekomunikasi yang ada pada anda seperti handphone, computer, wifi router, smart tv, smart meter, GPS tracker dalam kereta, RFID Chip dan banyak lagi alat yang “smart” akan dihubungkan kesemuannya sebagai satu rangkaian internet yang digelar sebagai “Internet of things”.

Malah setiap barang yang anda beli atau makanan (dalam tin atau kotak) yang anda beli yang terdapat RFID Chip didalamnya akan juga disambungkan ke dalam rangkaian “Internet of things”.


Ini bermaksud bahawa segala perbuatan anda dan juga segala pergerakan anda akan diketahui oleh “mereka” dan anda tidak akan berjaya untuk bersembunyi dari “mereka”. Anda tidak boleh sembunyikan sebarang rahsia daripada diketahui oleh “mereka”. Dunia ini akan dijadikan seperti sebuah penjara dimana anda tidak boleh lari dari diperhatikan oleh “mereka”. Siapakah yang dimaksudkan sebagai “mereka”?

“Mereka” adalah khazar satanist @ illuminati. Ini adalah sebahagian dari perancangan “mereka” untuk mengawal seluruh penduduk bumi. Agenda jahat ini dikenali sebagai “New World Order”.


Kesan buruk 5G terhadap kesihatan manusia

Handphone anda menerima dan menghantar data melalui menara antenna yang berhampiran dalam bentuk “radio frequency radiation”. Pendedahan kepada radiasi ini dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan anda mendapat penyakit seperti kanser, sakit jantung dan banyak lagi. Kanak-kanak akan menjadi mangsa yang paling ramai kerana badan mereka amat sensitif pada radiasi EMF. Ibu yang sedang mengandung serta bayi dalam kandungan juga akan menjadi mangsa kepada gelombang MMW (millimeter waves). Orang-orang tua juga tidak akan terlepas dari mendapat kesan buruk kepada kesihatan mereka akibat radiasi 5G.

5G juga boleh mengakibatkan berbagai penyakit seperti kanser, kerosakan DNA, mandul, Alzheimer (nyanyok), dan banyak lagi penyakit yang merbahaya.


5G sebagai senjata peperangan

Gelombang MMW (millimeter waves) dari 5G juga sering digunakan sebagai senjata peperangan oleh pihak tentera Amerika dan Israel. Gelombang MMW ini mereka gunakan untuk menyerang mangsa sehingga membuatkan kulit mangsa terasa amat sakit seperti sedang terbakar.


“5G” AKAN DIGUNAKAN OLEH KHAZAR SATANIST @ ILLUMINATI UNTUK MENGURANGKAN JUMLAH PENDUDUK DUNIA SEHINGGA HANYA TINGGAL 500 JUTA SAHAJA (AGENDA 21)

 

Bagaimanakah untuk melindungi diri anda dari radiasi 5G?

Anda boleh membeli pakaian kalis radiasi melalui online. Website itu ialah https://www.lessemf.com/personal.html

Sekiranya anda tidak mampu untuk membelinya, anda boleh membuatnya sendiri. Otak manusia merupakan organ yang paling banyak mendapat kesan buruk dari radiasi 5G. Peluang untuk mendapat kanser otak adalah terlalu tinggi akibat kesan gelombang MMW (millimeter waves).  

Anda boleh menggunakan kertas Aluminium foil sebagai pelindung kepala anda. Caranya ialah dengan memasukkan kertas aluminium foil kedalam topi atau kopiah dan menyarungkannya di kepala anda. Aluminium foil akan memantulkan kembali gelombang MMW (millimeter waves) sama seperti sebuah cermin yang memantulkan kembali cahaya matahari.

Anda juga perlu menjaga kesuburan anda kerana 5G boleh mengakibatkan kemandulan. Bagaimanakah caranya untuk melindungi kesuburan anda? Anda perlu memakai seluar dalam khas yang kalis radiasi 5G. Berfikirlah dengan cara yang kreatif.


Bagaimanakah Untuk Melindungi Rumah Anda Dari Radiasi 5G?

Sekiranya anda ingin selamat dari radiasi 5G ketika berada di dalam rumah, anda perlu menjadikan rumah anda kebal dari radiasi 5G. Bagaimanakah caranya?
Anda boleh menggunakan produk dari “Geovital.com”. Mereka mempunyai berbagai produk untuk melindungi rumah anda daripada radiasi 5G. Contohnya seperti “Sheilding paint”, “Shielding mesh” dan “Sheilding curtain”. Inilah hanyalah sekadar ikhtiar sahaja.


Kesimpulan

Walaupun teknologi 5G akan membolehkan anda untuk “download” data kedalam handphone anda dengan terlalu laju tetapi adakah anda sanggup menghadapi segala kesan sampingan akibat penggunaan 5G contohnya seperti penyakit kanser, kerosakan DNA, kerosakan otak, mandul dan banyak lagi penyakit lain?

Fikirkanlah……


5 comments:

  1. BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEMBACA DI MALAYSIA!!
    Blog asal kita "Bumi Yang Tercinta" yang dulunya disekat oleh kerajaan Najib, kini telah dibuka semula oleh kerajaan Mahathir Muhammad.
    Anda boleh mengakses blog asal "Bumi Yang Tercinta" melalui link dibawah ini:
    http://bumiyangtercinta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bumi yang tercinta .. terima kasih atas perkongsian ini.. blog ni sangat banyak manfaat ..


    boleh admin jelaskan,
    berkenaan perjumpaan trump dengan kim jong un kat singapore dulu.. ada apa2 agenda ke ?

    terima kasih ..selamat hari raya , maaf zahir dan batin ^_^

    ReplyDelete
  3. Thanks fⲟr the sensible critique. Mе & my neighbor were juѕt preparing to dо somе
    resеarch about this. Ꮤe g᧐t a grab a book from ouг areа library Ьut
    I think I learned morе from thіѕ post. І am very glad to ѕee ѕuch magnificent
    іnformation beіng shared freely ߋut theгe.

    ReplyDelete