Anda tentu telah biasa mendengar propaganda yang sering
dibuat oleh orang tertentu untuk memburukkan imej daun ketum. Mereka akan
menakut-nakutkan anda dengan berbagai ancaman seperti “akan ditangkap oleh polis”, "awak ini ketagih daun ketum ke?” dan bermacam – macam tuduhan akan dilemparkan kepada anda sekiranya
anda ini adalah peminat daun ketum.
Jangan risau, anda bukan keseorangan dalam hal ini. Di
seluruh dunia, “mereka” sedang giat membuat propaganda untuk memburukkan
penggunaan daun ketum. Adakah mereka tidak sedar bahawa daun ketum telahpun
wujud di bumi ini sejak beribu-ribu tahun yang lalu? Kenapakah mereka berbangga
sangat dengan ubat kimia yang mereka ciptakan hanya sejak 100 tahun yang lalu?
Adakah mereka fikir bahawa ubat mereka itu adalah lebih mulia berbanding dengan daun
ketum yang diciptakan oleh Allah SWT?
NEGARA-NEGARA YANG TELAH
MENGHARAMKAN DAUN KETUM
Di negara Amerika, sebanyak 12 buah negeri telah mengharamkan
penggunaan daun ketum.
Di Thailand pula kerajaan mereka telah mengharamkan
penggunaan daun ketum secara keseluruhan. Ini adalah kerana kerajaan Thailand
merasakan mereka kehilangan sumber pendapatan kerana tidak dapat mengenakan
cukai terhadap penjualan daun ketum. Tetapi pada tahun 2018, Thailand mula
membenarkan semula penggunaan daun ketum untuk tujuan perubatan. Ini adalah
selepas kerajaan Thailand mendapat tentangan yang hebat dari rakyat yang
mahukan kebenaran untuk penggunaan daun ketum. Australia pula telah
mengharamkan daun ketum pada tahun 2005.
Di Indonesia pula, kerajaannya tidak membenarkan
pengekspotan daun ketum ke luar negara. Untuk pengetahuan anda, 95% sumber daun
ketum di seluruh dunia adalah datangnya dari Indonesia. Apa akan terjadi jika
Indonesia menghentikan pengekspotan daun ketum? Sudah pasti seluruh dunia akan
kekurangan sumber daun ketum.
FDA (Food and Drug Administration) telah melawat pemimpin yang
korupsi di Indonesia dengan cara rahsia dan mereka telah memujuk pemimpin
tersebut supaya mengharamkan penjualan dan penanaman daun ketum.
Daun ketum juga telah diharamkan di negara New Zealand, Myanmar,
UK dan juga ……Malaysia (sedihnya….).
KENAPAKAH DAUN KETUM DIHARAMKAN?
1 – Menggugat Industri Perubatan Moden.
Ini adalah kenyataan dan bukannya khayalan. Sebab utama daun
ketum diharamkan adalah kerana ia akan menggugat keuntungan industri perubatan
moden yang telah diasaskan oleh John D. Rockefeller pada tahun 1910.
Purata pendapatan tahun 2017 untuk industri perubatan moden ialah
melebihi USD 3.5 Trillion. Oleh kerana matlamat sebenar industri perubatan
adalah untuk mengaut keuntungan, maka jangan berharap mereka akan
“menyembuhkan” penyakit anda. Anda adalah “pelanggan tetap” mereka.
2 - Pemimpin yang
korupsi (Kerajaan) tidak dapat mencukai penggunaan daun ketum.
Daun ketum boleh diperolehi dengan percuma dan dengan mudah
di kawasan pendalaman. Oleh itu ia adalah amat susah untuk dicukaikan oleh para
pemimpin yang korupsi.
KHASIAT DAUN KETUM
Daun ketum mempunyai berbagai khasiat dan kebaikan
semulajadi untuk manusia. Ia telahpun wujud di bumi sejak beribu-ribu tahun
yang lepas.
Khasiat daun ketum adalah seperti berikut:
1 – Menghilangkan kesakitan badan (natural pain killer).
2 – Merawat masalah kulit
3 – Mengurangkan tekanan darah
4 – Merehatkan badan yang kepenatan
5 – Mengurangkan berat badan.
6 – Menguatkan sistem pertahanan badan (immune system
booster)
7 – Menambahkan kesuburan (increase fertility)
8 – Merawat penyakit Kanser
9 – Menghilangkan rasa sakit kepala (Migraine)
10 – Menghilangkan penyakit kencing manis
11 - Dan banyak lagi………………………
KESIMPULAN
Allah S.W.T. telahpun menciptakan penawar untuk setiap
penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Daun ketum merupakan salah satu dari penawar
yang diciptakan oleh Allah SWT untuk seluruh manusia di bumi ini. Tidak ada
sesiapapun yang boleh menentang atau menghalang anugerah tersebut.
Sumber rujukan:
terbaik artikel anda..terima kasih..
ReplyDeleteYa terbaikk.. penuh informasi.
ReplyDeletePenggunaan secara berlebihan mnkin akan mnjadi racun dlm bdn....apa pun,terbaik artikel anda dn teruskan....
ReplyDeleteGalakkan petani menanam ketum
ReplyDeleteKetum mematikan cacing dlm badan..badan susah terkena penyakit
ReplyDeleteMinum ikut sukatan, ketum jd ubat. Bila minum berlebihan atau salah guna ketum, akan jd dadah atau racun
ReplyDeleteKRATOM PLANT OF HEAVEN
ReplyDeletejust as
ALOE VERA .
Trmksh atas pencerahan anda
ReplyDeleteBegitu jugak kah dengan daun "GANJA" ??
ReplyDeleteratusan tahun ketum diguna sebagai ubatan tradisi. Ia diharamkan oleh orang tertentu yg dipercayai punya agenda sendiri. sayang
ReplyDelete