Adakah anda sedar bahawa cuaca di bumi kita sekarang telah
menjadi tidak menentu?
Asyik berlaku kemarau, jerebu, banjir besar, tsunami, ribut
taufan, gempa bumi……
Adakah semua ini berlaku secara semula jadi?
Sedangkan cuaca dibumi kita 50 tahun dahulu tidak pernah
menjadi seperti ini.
Jawapannya ialah cuaca di bumi kita kini bukan lagi
semulajadi tetapi telah di “KACAU” oleh “SYAITAN” yang bertopengkan manusia.
Cap jari “Syaitan” (Satanist Finger Print)
Pernahkah anda melihat awan yang berjalur – jalur
seperti cap jari ?
Jalur tersebut kita boleh namakan sebagai “cap jari syaitan”
(Satanist finger print). Itu adalah tanda awan kita atau langit kita sedang
dikawal oleh “Syaitan”.
Siapakah “Syaitan” tersebut?
Adakah anda pernah mendengar perkataan “HAARP”?
“HAARP” atau digelar sebagai
“High Frequency Active Auroral Research Program”
merupakan suatu teknologi yang sering digunakan oleh Khazar Satanist @ illuminati untuk mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak lagi.
merupakan suatu teknologi yang sering digunakan oleh Khazar Satanist @ illuminati untuk mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak lagi.
Selain dari teknologi “HAARP”, senjata “Lasers” juga telah
digunakan oleh Khazar Satanist @ Illuminati untuk mengubahsuai cuaca.
Siapakah yang mengawal HAARP?
“HAARP” adalah dikawal oleh “DARPA” (Defense Advanced
Research Projects Agency).
Mereka adalah agen untuk Khazar Satanist @ Illuminati.
Setiap hari mereka akan duduk di depan skrin komputer sambil jari mereka menaip
“keyboard”. Kerja mereka setiap hari ialah “mengubahsuai cuaca” melalui komputer
dengan bantuan dari Satellite. Mereka adalah “Syaitan” yang sedang berlagak
seperti Tuhan.
Bagaimanakah HAARP berfungsi?
Gelombang yang dijana dari stesen “HAARP” akan dipancarkan
ke bahagian yang tertentu pada bahagian ionosfera di mana-mana bahagian di
dalam dunia. Gelombang tersebut seterusnya akan mengganggu kestabilan ionosfera
dan menyebabkan akan berlakunya penolakan ke arah luar bumi. Lapisan ionosfera
yang terganggu tadi secara semulajadinya akan kembali ke keadaan asal. Keadaan
ini akan menyebabkan berlakunya satu penolakan gelombang semula ke muka bumi.
Gelombang inilah yang akan menyebabkan kerosakan ke atas muka bumi sama ada
dalam bentuk tsunami, gempa bumi dan sebagainya.
Sekiranya mereka ingin membentuk tsunami seperti yang
berlaku di Jepun, mereka hanya perlu halakan gelombang tersebut ke arah laut
kerana gelombang tersebut akan membelah permukaan laut dan seterusnya
menyebabkan gempa di bawah laut. Maka terhasillah tsunami. Bagi menghasilkan
bencana alam atau cuaca yang mereka ingini, mereka hanya perlu menggunakan
frekuensi yang berlainan dan memancarnya ke arah ionosfera pada tempoh yang
tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka ingini.
RIBUT TAUFAN PALSU (FAKE HURRICANE)
“HAARP” boleh menghasilkan ribut taufan palsu. Seratus tahun
dahulu amat jarang berlaku ribut taufan di bumi kita. Tetapi kini ribut taufan
telah menjadi seperti sebuah “pesta” kepada Khazar Satanist @ Illuminati. Ini
adalah kerana mereka telah menjadikan ribut taufan sebagai suatu senjata untuk
menakut-nakutkan musuh mereka. Sekiranya musuh mereka tidak mahu mendengar
arahan mereka, maka mereka akan menggunakan ribut taufan untuk membalas dendam.
Di Amerika, sejak Donald Trump mengambil alih jawatan
President pada tahun 2016, hampir setiap tahun akan berlakunya ribut taufan di
Amerika. Pada tahun 2018 pula ribut taufan menjadi semakin teruk kerana tahun
2018 akan berlakunya pilihanraya di Amerika. Khazar Satanist @ Illuminati
sedang memberi amaran kepada para penduduk di Amerika supaya jangan lagi
memilih Donald Trump sebagai President.
Taufan yang dihasilkan “HAARP” juga telah digunakan sebagai
“cover up” atau untuk menutup mata manusia supaya tidak melihat kemungkaran
yang sedang dilakukan oleh Khazar Satanist @ Illuminati.
Contohnya ialah seperti yang telah berlaku ketika Taufan
Michael melanda Florida, America pada
September 2018. Sebanyak 20 jet pejuang F-22 telah dilaporkan “hilang” di Kem
tentera udara “Tyndall Air Force”.
Di manakah 20 jet tersebut?
Jawapannya ialah kesemua 20 jet tersebut telah diterbangkan secara
rahsia ke Israel untuk digunakan oleh
tentera Israel untuk menyerang Syria.
KEMARAU PALSU (FAKE DROUGHT)
“HAARP” juga boleh menghasilkan kemarau palsu. Lihatlah
contohnya di California, America. Anda tentu pernah makan buah oren dari
California? Sedap kan? Tetapi kini ladang di California telahpun dimusnahkan
oleh Khazar Satanist @ Illuminati dengan menggunakan “HAARP”.
Ini adalah kerana Khazar Satanist @ Illuminati hendak menghapuskan
“California Orange” yang asli dan organik dan mereka hendak menggantikannya
dengan oren GMO yang amat membahayakan kesihatan manusia. Kini oren asli
“California Orange” telah tidak wujud lagi. Yang ada cuma oren GMO.
GEMPA BUMI PALSU DAN TSUNAMI PALSU (FAKE EARTHQUAKE AND FAKE
TSUNAMI))
Kejadian gempa bumi
dan Tsunami di Jepun pada 11 March 2011 adalah kerana “HAARP” dan
bukannya secara semulajadi seperti yang diberitahu oleh media.
PETIR PALSU (FAKE LIGHTNING)
“HAARP” dan juga senjata "Lasers" boleh menghasilkan petir palsu. Pernah tak anda
melihat petir yang sambung menyambung dengan bunyi yang kuat macam bom tetapi
tidak ada hujan?
LETUSAN GUNUNG BERAPI
PALSU (FAKE VOLCANIC ERUPTIONS)
“HAARP” juga boleh menghasilkan letusan gunung berapi palsu.
Sebab itu kita sering mendengar berita tentang letusan gunung berapi hampir
setiap tahun sedangkan 50 tahun dahulu ia amat jarang berlaku.
CUACA SEBAGAI BARANG DAGANGAN (WEATHER MARKETS)
Khazar Satanist @ Illuminati telah juga menjadikan cuaca
sebagai barang dagangan. Mereka telah mengiklankan di dalam Internet untuk
menjual cuaca. Contohnya jika seorang individu atau sesebuah syarikat hendak
memastikan hujan turun pada tarikh tertentu dan pada kawasan yang tertentu,
maka mereka boleh membelinya melalui “online”.
PERUBAHAN MUSIM CUACA PALSU (FAKE CLIMATE CHANGE)
Sejak dulu kita sering mendengar kononnya cuaca di bumi kita
telah menjadi semakin panas? Betulkah?
TIDAK!!! Semuanya adalah penipuan yang sengaja dibuat oleh
media atas arahan dari Khazar Satanist @ Illuminati. Mereka berbuat begitu
kerana mereka hendak menjadikannya sebagai suatu alasan untuk membolehkan
“United Nations” mengutip cukai “Carbon tax” dari semua negara di bumi ini.
Kesimpulan
“Sesiapa yang mengawal cuaca, mereka akan menguasai dunia”.
Itulah yang sedang berlaku sekarang. Cuaca di bumi kita kini sentiasa dikawal
oleh Khazar Satanist @ Illuminati. Mereka mempunyai agenda jahat iaitu untuk
mengawal dan menguasai seluruh dunia. Itulah yang dinamakan sebagai “ New World
Order”.
Sumber Rujukan:
Bang btul ke kejadian tsunami 2004 di Aceh adalah dirancang?
ReplyDeleteSila baca:
Deletehttp://bumiyangtercinta2.blogspot.com/2015/11/tsunami-yang-berlaku-pada-26-disember.html