“Nano-particles” adalah sebarang benda yang terlalu kecil malah
lebih kecil dari debu sehingga mata kita tidak dapat melihatnya. Malah ia lebih
kecil dari sel darah merah. Cuba bayangkan diri anda sebagai “Nano-particles”
maka sel darah merah adalah sebesar 7 kilometer panjangnya.
“Nano-particles” adalah buatan manusia dan ia banyak
digunakan didalam industri makanan contohnya seperti pewarna makanan, perasa
tiruan dan juga khasiat tiruan seperti vitamin. “Nano-particles” juga digunakan
dalam industri elektronik dan komputer. Malah ia juga ada digunakan di dalam perubatan
iaitu ubat dan suntikan vaksin. Teknologi ini digelar sebagai “Nano-Technology”.
Industri ini dianggarkan bernilai USD 25.7 billion pada tahun
2015. Dalam tempoh 10 tahun yang akan
datang, teknologi ini akan semakin meluas penggunaannya. Teknologi ini tidak
dihebahkan didalam media terutamanya yang melibatkan bidang makanan. Kenapakah
ia tidak dihebahkan?
Tahukah anda Kenapa “Nano-particles” ini amat merbahaya?
Walaupun teknologi “Nano-particles” ini amat membantu manusia terutamannya
dalam bidang elektronik dan Komputer. Tetapi apabila ia melibatkan makanan yang
anda makan, ia amat membahayakan nyawa anda. Ini adalah kerana technology
“Nano-particles” ini dibuat dengan menggunakan bahan kimia bertoksik (racun).
Kesan “Nano-particles” kepada manusia:
1) Kanser
2) Kerosakan Otak
3) Kerosakan DNA
4) Sakit jantung
“Atomically modified plants”
Apabila tanaman “GMO (Genetically Modified Organism)”
dikahwinkan dengan teknologi “Nano-particles”, maka terhasillah tanaman yang
digelar “Atomically modified plants”.
Ia bukan saja genetiknya telah berubah tetapi juga mempunyai
racun simpanan dalam tanaman tersebut dimana serangga pun tidak sanggup makan
tanaman tersebut. Jadi, apa yang akan terjadi sekiranya manusia yang makan
tanaman tersebut?
Tanah akan menjadi tandus dan alam sekitar akan terancam.
Racun “Nano-particles”
Kini telahpun wujud racun “Nano-particles” di pasaran. Racun
ini boleh larut dalam air dan mudah meresap kedalam tanah dan tanaman.
Racun “Nano-particles” juga adalah sejenis senjata yang
boleh membunuh manusia tanpa dikesan oleh sistem pertahanan badan manusia
(immune system). Apa yang akan terjadi
sekiranya racun “Nano-particles” ini disalahgunakan oleh manusia yang berhati
“syaitan”?
“Chemtrail” yang sering disemburkan di langit di seluruh
dunia oleh “syaitan” juga mengandungi racun “Nano-particles”.
Jangka hayat manusia menjadi semakin kurang.
Ini terbukti apabila para saintis yang membuat kajian
tentang “Nano-particles” mempunyai jangka hayat kurang 10 tahun berbanding
dengan saintis yang tidak terlibat dalam kajian tersebut. Ini adalah kerana
“Nano-particles” adalah terlalu toksik dan bersaiz terlalu kecil sehingga boleh
menembusi kulit.
Berikut adalah contoh makanan yang terdapat
“Nano-particles” di dalamnya.
MCDONALD’S
McDoland’s menghidangkan makanan segera yang dimasak dengan
menggunakan teknologi nano-particles.
Anda hendakkan bukti?
Lihatlah video dibawah ini:
SAYUR-SAYURAN IMPORT
Jangan makan sayur-sayuran yang diimport dari luar negara
kerana kebanyakannya mengandungi “Nano-particles” yang tidak dapat dikesan oleh
mata. Sayur-sayuran tersebut akan kelihatan cantik kerana serangga pun tidak
sanggup untuk memakannya.
Jangan membeli sayur-sayuran dari pasaraya besar seperti
NSK, Carrefour, Jusco, Speedmart, Wallmart, Tesco dan sebagainya. Ini adalah kerana
mereka mendapatkan bekalan dari luar negara. Belilah sayur-sayuran tempatan
yang dijual di pasar tempatan atau oleh petani.
JUS BUAH
Semua Jus buah yang diimport dan dijual dalam paket atau
botol memang pasti terdapat “Nano-particles” dalam bentuk pewarna tiruan atau
perasa tiruan tetapi tidak diberitahu pada label kandungannya. Ini adalah
kerana tidak ada sebarang peraturan atau undang-undang untuk memaksa pihak
pengeluar untuk menyatakan kandungan tersebut.
BERAS JASMINE THAILAND
Saintis dari Thailand “Chiang Mai University” telahpun
mengubah beras “jasmine” sehingga bertukar warna dengan cara menyuntik (nitrogen
atom) ke dalam “membrane” beras tersebut. Apa yang akan terjadi sekiranya anda
makan beras tersebut?
MARGARINE
Jangan makan margarine kerana terdapat “synthetic
carotenoids” (Nano-particles) yang berfungsi sebagai khasiat tiruan.
SOS
Jangan beli sos yang diimport kerana ia mengandungi
“Nano-particles”.
MAKANAN RINGAN
M&M, Dunkin’ Donuts, Jell-O pudding, Pop-Tarts, Nestlé
Original Coffee Creamer dan banyak lagi…
MAKANAN BAYI
Makanan bayi terutamanya yang diimport juga mempunyai “Nano-particles”.
BARANGAN KOSMETIK
“L’Oréal menggunakan “Nano-particles” dalam produk mereka.
Ubat gigi jenama terkenal juga terdapat “Nano-particles”. Sunscreen juga
menggunakan teknology “Nano-particles”.
KESIMPULAN
“Nano-particles” adalah lebih merbahaya dari “GMO”
(Genetically Modified Organism). Apabila kedua-duanya dikahwinkan, maka
terhasillah makanan yang digelar “Atomically modified foods”. Kita semua adalah
seumpama bahan uji kaji kepada para saintis yang mendapat arahan dari yahudi
illuminati.
Sumber rujukan:
vitamin c ok x ???
ReplyDeleteboleh jelaskan...
saya dah banyak makan...
herbalife ok x ??
terima kasih
Jawapan untuk soalan anda terdapat pada link dibawah ini:
Deletehttp://www.scielo.br/scielo.php?script=sci_arttext&pid=S1984-82502015000400785
terima kasih anonymous di atas 😃, saya tak nak ambil herbalife. tu pun dalam 5 kali je ambil milkshake... main ingredient soya.. soya bahaya.. hmm.. saya sekarang baca movingtoislam bahaya herbalife.... tapi vitamin c pharma pahang ni bahaya juga ke.. ok lah saya nak stop ambil apa2 produk, ambil makanan yang sihat sahaja... terima kasih ya atas perkongsian dalam blog ni . suka sangat...
ReplyDeleteapa tujuan Rosthschild membeli dan melabur dalam Bitcoin ??
ReplyDeleteTujuannya ialah untuk membuat spekulasi dan untuk menjatuhkan nilai Bitcoin di masa hadapan. Ini adalah kerana Bitcoin merupakan musuh kepada Bank Rothschild.
Deleteassalamualaikum. kicap soya ni bahaya ke .mohon pencerahan
ReplyDeleteKicap soya dibuat dengan menggunakan soya GMO (Genetically Modified Organism). Soya GMO boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit termasuk kemandulan.
Deleteubat2 cantik...KT TV pon adelah kan
ReplyDelete