Pada 24 September 2015 iaitu ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah, telah berlaku suatu tragedi yang sungguh menyedihkan. Tragedi tersebut adalah yang paling buruk sepanjang sejarah ibadah haji.
Suatu tragedi yang melibatkan kematian ribuan jemaah haji telah berlaku pada jam 9 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina.
Dalam kejadian tersebut, lebih 4700 jemaah haji terbunuh dan lebih 1000 orang hilang. Ini bermakna lebih 5700 jemaah haji telah terkorban dalam tragedi di Mina. Tetapi kerajaan Saudi berkata hanya 770 jemaah haji yang terbunuh. Pada awalnya, Kerajaan Saudi ingin menutup perkara ini dengan mengatakan hanya 200 orang yang terbunuh tetapi oleh kerana jumlah mangsa tragedi semakin meningkat maka mereka mengatakan hanya 770 orang yang terbunuh.
Kenapakah kerajaan Saudi ingin menutup tragedi ini?
Menurut berita dari al-Nahrain-net News Agency , Agen Perisik Eropah dan juga Diplomat dari Brussels telah mendedahkan suatu laporan yang sungguh menggemparkan.
Tragedi yang berlaku di Mina adalah satu komplot yang terancang diantara Kerajaan Saudi dan juga agen perisikan Israel iaitu MOSSAD untuk menculik 225 jemaah haji yang terdiri dari pegawai penting kerajaan IRAN iaitu para penasihat kepada Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan juga para pegawai penting dalam program pertahanan peluru berpandu Iran.
Mohammad bin Salman Al Saud
Anak kepada Raja Saudi iaitu Mohammad bin Salman Al Saud telah membawa agen MOSSAD berserta dengan askar-askar peribadinya yang berjumlah 200 orang dan juga 150 pegawai polis ke jalan 204 di Mina.
Kemudian mereka telah menutup jalan 204 yang sedang dilalui oleh jemaah haji yang hendak ke jambatan Jamarat.
Akibatnya para jemaah haji yang berjumlah lebih 10,000 orang telah terperangkap diantara jalan 204 dan jalan 223 kerana mereka tidak tahu tentang penutupan jalan 204.
Jemaah haji terpaksa berdiri disitu dalam keadaan panas terik dan penuh sesak.
Apakah yang berlaku selepas itu? Selepas itu berlakulah sesuatu tragedi yang sungguh tidak diduga oleh para jemaah haji disitu.
Askar-askar milik Mohammad bin Salman Al Saud telah menyemburkan gas beracun Carbon Sulfide kearah jemaah haji disitu dan itu yang menyebabkan para jemaah haji melarikan diri sehingga akhirnya lebih 5700 jemaah haji terbunuh akibat terhidu gas beracun.
Gas beracun Carbon Sulfide
Keadaan yang panik itu telah digunakan oleh MOSSAD untuk menculik 225 orang jemaah haji dari negara Iran yang terdiri dari orang penting kerajaan dan juga beberapa orang ternama dari kumpulan IRGC (Iranian Revolutionary Guards Corps) iaitu Ali Asghar Fouladgar, Hussein Danesh, Fo'ad Mashghali, Ammar Miransari dan Seyyed Hasan Hasani dan juga bekas diplomat Iran di Lebenon yang bernama Ghazanfar Roknabadi.
Logo kumpulan IRGC (Iranian Revolutionary Guards Corps)
Ghazanfar Roknabadi-Bekas diplomat Iran di Lebenon.
Selepas operasi mereka selesai, konvoi Mohammad bin Salman Al Saud dan MOSSAD telah melarikan diri dari kawasan tersebut dengan serta-merta dan kerajaan Arab Saudi telah menutup berita tentang kehadiran konvoi Mohammad bin Salman Al Saud dan MOSSAD.
Tetapi Media Antarabangsa (yang bukan milik yahudi) telah berjaya mendedahkan tentang komplot tersebut.
Gambar dibawah menunjukkan agen MOSSAD sedang menyamar sebagai orang awam.
Menurut saksi yang berada disitu, askar-askar Saudi telah merampas handphone para jemaah haji yang berjaya merakam kejadian tersebut.
Jika anda melihat gambar-gambar jenazah jemaah haji yang terkorban di Mina, anda akan dapati ada KESAN TERBAKAR pada kulit sedangkan tidak ada sebarang kebakaran di situ. Ini bermakna kulit mereka telah terkena gas beracun Carbon Sulfide.
Para jemaah haji yang terselamat dalam kejadian itu berkata bahawa askar-askar Saudi yang berada disitu hanya memerhatikan sahaja para jemaah yang sedang meraung kesakitan. Askar-askar Saudi tidak langsung memberikan sebarang bantuan kecemasan untuk menyelamatkan jemaah haji yang tercedera. Askar-askar tersebut hanya sibuk mengangkat jenazah-jenazah untuk dibawa keluar dari situ. Ini bermakna kerajaan Saudi ingin menutup dan menyembunyikan jumlah kematian yang sebenarnya daripada pengetahuan umum.
Askar-askar Saudi juga menghalang jalan masuk ke kawasan kejadian dan ini mengakibatkan mangsa tidak mendapat bantuan dengan segera.
Kerajaan Arab Saudi hanya menghantar bantuan kecemasan selepas 2 jam dari waktu kejadian. Akibatnya ramai lagi jemaah yang pada mulanya hanya tercedera telah mati akibat panas matahari yang terik.
Menurut jemaah haji yang terselamat, jenazah-jenazah telah dibawa masuk kedalam kenderaan yang mempunyai peti sejuk yang membawa daging. Malah ada jemaah haji yang tercedera dan masih bernyawa lagi tetapi telah dicampakkan ke dalam kenderaan peti sejuk yang bersuhu -15*C.
Apakah motif kerajaan Arab Saudi untuk melambat-lambatkan menghantar bantuan kecemasan sedangkan mereka mempunyai pegawai kesihatan / doktor sebanyak 22,000 orang yang bertugas pada hari tersebut?
SEKIRANYA KERAJAAN SAUDI MENGATAKAN SEMUA INI ADALAH FITNAH DAN MEREKA TIDAK TERLIBAT DALAM KOMPLOT TERSEBUT, MAKA SILALAH SIARKAN RAKAMAN CCTV YANG DIBUAT PADA HARI TERSEBUT.
ATAU ADAKAH MEREKA AKAN MENGATAKAN BAHAWA CCTV TELAH ROSAK?
Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Sumber rujukan:
http://www.presstv.ir/Detail/2015/09/26/430773/Saudi-Arabia-Hajj-Pilgrimage-Crush-Mina-Mecca-Cavaell
allah maha besar
ReplyDeletetunggula azab daroipada Allah apabila kezaliman ini dilindungi ini dan disokong.
ReplyDeleteAllahuakhbar... astafirullah alazim...
ReplyDeleteHidaya milik allah
ReplyDeleteTidak ada yg kekal di dunia ini. Dan keadilan itu milik Allah, Rajanya semesta Alam. Allahu Akhbar!
ReplyDeleteBerdoa utk para jemaah Dan kepada yg zalim melakukannya biar yg maha esha mengadilnya amen
ReplyDeleteAstaghfirullah..
ReplyDeleteKrajaan Arab Saudi yg skrg selepas pmerintahan Raja Faisal mmg da rosak...krajaan yg ckup bpengaruh,kaya tapi syg...saudara yg tetindas pun xmampu nk mbantu wlaupun beteduh.
ReplyDeleteAstaghfirullaalaziim walau apa pon perkara sedemikian..kita percaya Allah ada penyelesaiannya....insyaalah
ReplyDeleteSend to malaysia prime minister directly and we wait whats he can do it about this case....
ReplyDeleteAllah lagi maha besar kuasanya. Tunggu, lihat dan rasakan betapa peritnya hukum Allah yg depa akan terima, termasuk keturunan mereka setiap seorang. Sembahyg Dan do'akan balasan Allah kepada mereka dipercepatkan NYA. IN SYA ALLAAAH.....
ReplyDeleteSampai masanya dunia ini akan di hancurkan......sesungguhnya ALLAH maha besar...berkuasa atas segala-galanya...tuada satu pun yg kekal...n berkuasa lagi....ingatlah dunia ini hanyalah sementara saja...bila sampai waktunya kt akan kembali ke sana jua....
ReplyDeleteALLAH MAHA BESAR......
ReplyDeleteALLAH MAHA BESAR......
ALLAH MAHA BESAR......
Allahhuakkbar
ReplyDelete